FENOMENA BANJIR BESAR
FENOMENA BANJIR BESAR AHAD, 8 JANUARI 2023 Oleh: Nor Alifah binti Ahmad ( 283288 ), Muhammad Amar Fitri bin Abd Razak ( 283255 ), Rosuardi Nizam bin Mohammd Rodzi ( 283544 ) . Banjir Besar Fenomena bencana banjir dalam skala yang besar ini pernah beberapa kali berlaku di Malaysia. bencana ini boleh dikelaskan dalam dua jenis iaitu banjir besar dan banjir kilat. Fenomena banjir kilat berlaku disebabkan curahan air daripada hujan yang turun dalam kuantiti yang banyak dan dalam tempoh yang singkat. Curahan air hujan yang berlebihan ini akan menyebabkan paras air akan meningkat secara mendadak akan tetapi air tersebut akan surut dalam masa yang singkat. Kejadian bencana banir kilat ini kebiasaannya akan berlaku di kawasan yang mempunyai pembangunan namun sistem saliran di kawasan tersebut tidak dapat menampung curahan air hujan yang banyak dan menyebabkan air bertakung sehingga menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat di kawasan tersebut. Banjir ini berlaku kerana huj...