DEFINISI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)
Tahun 2021 merupakan antara kemuncak
revolusi perindustrian keempat. Ini menunjukkan bahawa kita telah pun
menghadapi dan melepasi tiga revolusi perindustrian sebelum ini. Istilah revolusi
membayangkan bahawa perpisahan daripada dengan sistem, struktur serta proses
sedia ada serta mencipta sistem baharu yang lebih berkesan juga cekap hasil
inovasi asas seperti enjin wap, elektrik, mikropemprosesan dan internet. Melihat kepada empat revolusi perindustrian
dengan lebih dekat, yang digambarkan dalam Rajah 1, dapat dilihat bahawa ia
membina di atas satu sama lain. Proses ini disifatkan sebagai evolusi. Namun
begitu, perubahan yang dibawa oleh revolusi tersebut dan impak yang diberi
adalah besar, bukan sahaja kepada perniagaan, perdagangan dan ekonomi, tetapi
juga kepada masyarakat. Oleh itu, walaupun ini adalah proses evolusi,
implikasinya merevolusikan cara bekerja dan kehidupan seharian.
Revolusi perindustrian pertama adalah
berdasarkan inovasi asas kuasa wap. Ia membolehkan pengeluaran peralatan
mekanikal dengan bilik mekanikal pertama pada tahun 1784. Dengan inovasi ini,
seluruh masyarakat dan ekonomi beralih daripada ekonomi pertanian kepada
ekonomi perindustrian. Revolusi perindustrian kedua adalah berdasarkan tenaga
elektrik yang dicipta pada akhir abad ke-19 yang membuka jalan kepada
pengeluaran secara besar-besaran menggunakan conveyor belt pertama pada tahun 1870. Revolusi perindustrian
ketiga adalah berdasarkan semikonduktor dan mikropemproses yang membolehkan
automasi dengan robot yang merupakan titik permulaan perubahan daripada
teknologi analog kepada digital. Internet juga merupakan sebahagian daripada
era yang wujud dalam kehidupan kita pada tahun 1990 an. Teknologi ini memerlukan
kemahiran pengekodan dan pengaturcaraan, terutamanya untuk proses automasi
dalam industri. Kini kita di ambang revolusi perindustrian keempat dengan cyber physical systems berasaskan Internet of Things (IoT). Dalam era ini,
dapat dilihat bahawa peralatan dan mesin bukan sahaja berhubungan antara satu
sama lain, tetapi juga, berhubung dengan manusia. Antara kemahiran dan
kepakaran yang diperlukan dalam IR 4.0 adalah big data analytics yang telah
mewujudkan peluang pekerjaan seperti data
analyst, cobot engineers dan arkitek teknologi maklumat. Internet of Things (IoT) adalah
infrastruktur global yang memberikan khidmat yang lebih maju dengan
menghubungkan antara fizikal dan maya, berdasarkan sistem teknologi maklumat
dan komunikasi sedia ada serta yang masih berkembang
IR 4.0 merupakan ialah satu cara untuk
menerangkan kesamaran dalam sempadan antara dunia fizikal, digital dan biologi
Ulasan
Catat Ulasan